Bukan Chelsea yang mengumumkan Kai Havertz dari Bayer Leverkusen, tetapi kelab Eredivisie Belanda, Heracles Almelo.

Satu status ringkas dengan ‘Welkom Kai’ di akaun Twitter Heracles Almelo membalas jenaka daripada Peter Bosz selepas perlawanan Liga Europa menentang Inter Milan, Selasa.

Heracles Almelo memuat naik foto Kai Havertz yang diedit dengan memakai pakaian seragam pasukan. Dalam kapsyen, tertera ‘Welkom Kai’ dan hashtag #AnnounceHavertz.

Bagi peminat Chelsea yang telah lama menanti Kai Havertz, jangan risau. Kerana, muat naik ini hanyalah gurauan dari Heracles Almelo.

Jurulatih Bayer Leverkusen, Peter Bosz, setelah tamat perlawanan menentang Inter Milan di Liga Europa, menjawab pertanyaan wartawan mengenai masa depan Kai Havertz.

“Ya, sekarang saya dapat mengumumkan bahawa Kai Havertz akan bermain untuk Heracles Amelo!” kata Peter Bosz.

Sudah tentu sahaj itu hanya gurauan dari Bosz. Peluang Kai Havertz di Chelsea untuk musim 2020/2021 masih besar memandangkan rundingan masih dijalankan oleh kedua-dua belah pihak.

Heracles pula pastinya tidak memiliki kuasa kewangan untuk membeli pemain yang bernilai sangat mahal itu.

Chelsea telahpun menandatangani dua pemain baru setakat ini. Mereka adalah Hakim Ziyech dari Ajax Amsterdam dan Timo Werner dari RB Leipzig.

Sekiranya perpindahan selesai, Kai Havertz akan menjadi pemain ketiga musim panas ini. Havertz juga boleh bergandingan dengan Timo Werner, rakan senegaranya dalam pasukan kebangsaan Jerman.

Baca juga perkembangan lain

Kesabaran Kunci Kemenangan, Dan Ole Turut Kritik Suka Menggentel

Juventus Tukar Perancangan Kerana Pirlo Mahukan ‘Pirlo’ Jadi Maestro Bukannya Jorginho

UCL: Barcelona Mara, Arthur Kena Halau Dari Stadium